Click here for Myspace Layouts


Sejarah Awal Putera Altari Dalam Gereja Katolik

 SEJARAH AWAL PUTERA ALTARI DALAM GEREJA KATOLIK

Sejarah awal perlayanan Putera Altari dalam Gereja Katolik adalah bermula daripada perlayanan yang dilakukan oleh para calon yang diterima menjadi seminarian iaitu calon menjadi paderi(acolyte). Sebagai pendedahan calon menjadi paderi dikehendaki melayani gereja sebagai pembantu paderi semasa perayaan Missa Kudus dan ibadat yang lain.

Memandanag keadaan telah berubah jumlah panggilan menjadi paderi telah berkurangan tetapi perlayanan untuk membantu paderi semasa perayaan Misa Kudus amat diperlukan maka gereja bersetuju membuka kepada kanak-kanak lelaki yang telah menerima Sakramen Mahakudus (Tubuh Kristus ) untuk melayani sebagai pembantu paderi atau dikenali sebagai Putera Altari (altar boys). Ianya juga sebagai pendedahan dan dorongan kepada kanak-kanak lelaki untuk menyahut panggilan menjadi paderi.

Dalam pengajaran dan tradisi gereja juga paderi disimbolkan sebagai Yesus yang hadir dalam perayaan ekaristi maka para putera altari pula disimbolkan sebagai para malaikat yang melayani Yesus dalam merayakan Missa Kudus. Maka dengan itu putera altari diberikan jubah putih sebagai mengambarkan pelayanan mereka sebagai para malaikat dan warna putih melambangkan pakaian sejati seorang Kristian.