Click here for Myspace Layouts


19 September 2012

Aktiviti Rekreasi Terawi Altar Servers (17 Sept 2012)

Aktiviti Rekreasi Terawi Altar Servers (TERAS)

Tarikh  :  17 September 2012 (Isnin) 
Masa  :  08.00AM - 3.00 PM
Tempat  :  Taman Rekreasi Babagon, Penampang
Yuran  :  RM5 (untuk pengankutan pergi & balik)
Makanan  :  Berkonsepkan "Pot-Luck"
Bilangan Penyertaan : 35 Orang termasuk orang-orang kuat > Murphy Jonimin, Gary Benjinol, Denver Francis & Bobby Soon

LAPORAN LENGKAP :

TERAWI : Seramai 35 orang ahli Terawi Altar Servers (TERAS) Gereja Holy Nativity Terawi Penampang telah mengadakan aktiviti rekreasi tahunan. Kali ini, aktiviti rekreasi telah diadakan di Taman Rekreasi Babagon Penampang dan pada tahun lalu aktiviti serupa telah diadakan di Waterworld Bukit Padang, Kota Kinabalu.

Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk menyatukan kembali semua ahli yang telah lama tidak berkumpul bersama di samping mengeratkan lagi hubungan persaudaraan dalam Kristus. Seawal jam 8 pagi, semua peserta aktiviti telah berkumpul di hadapan Gereja Holy Nativity Terawi dan doa sebelum bertolak telah diadakan. Setiba di Babagon, para peserta telah mengambil tempat di sebuah pondok yang begitu serba dilengkapi dengan kemudahan riadah dan juga dihiasi dengan permandangan semula jadi. 

Dengan hidangan makanan yang berkonsepkan "pot-luck", terdapat banyak jenis makanan dan minuman yang dibawa oleh setiap peserta. Doa sebelum makan telah dipimpin oleh Saudara Moses Jonioh dan sejurus selepas itu, para peserta menjamu selera dalam suasana yang begitu meriah sekali.

Cuaca yang baik membolehkan para peserta berpeluang untuk menikmati dan mandi air sungai deras di situ.  Air sungai begitu sejuk sekali sehingga badan terasa menggigil. Rasa gembira di sanubari, senyuman terukir di muka setiap peserta aktiviti. Ada diantara peserta bersorak di atas sampan seolah-olah seorang yang sedang mengayuh sampan menuju ke sungai untuk mencari ikan. Namun, ada juga peserta menari dengan iringin musik "Orang Sabah Style / Oppa Gangnam Style".

Aktiviti berakhir pada jam 3 petang. Para peserta telah bertolak kembali ke gereja dengan menaiki van berpenghawa dingin yang telah disewa oleh pihak komiti.

-Laporan disediakan oleh Xavier Maurice John, Presiden Komiti Terawi Altar Servers (TERAS)-