Click here for Myspace Layouts


Santo Pelindung Putera Altari

SANTO PELINDUNG PUTERA ALTARI

Sejarah gereja ada merekodkan terdapat seorang kanak-kanak lelaki bernama Tarcisius yang diangkat menjadi Sangti Tarcisius dan menjadi Sangti Pelindung kepada semua putera altari. Sejarah mengatakan bahawa orang Kristian di Roma pada awalnya mengalami banyak penyeksaan kerana iman kepercayaan mereka. Bagi setiap orang yang menganuti agama Kristian adalah menjadi suatu kesalahan dan akan ditangkap serta dipenjara dan ada diantara mereka diseksa sampai mati. Oleh sebab itu ramai orang Kristian bersembunyi di bawah dasar tanah iaitu yang dipanggil sebagai “catacomb”. Di dalam dasar tanah inilah juga orang-orang Kristian mengadakan perjumpaan dan merayakan ekaristi.

Pada suatu hari seorang Uskup diberitahu bahawa sekumpulan orang Kristian telah ditangkap dan dipenjarakan. Mereka amat merindui Tubuh Kristus dan memohon supaya mereka diberikan kesempatan menerima Tubuh Kristus sebelum mereka dibunuh atau diseksa. Uskup merasa terlalu gusar memikirkan cara untuk menghantar Tubuh Kristus kepada mereka yang dipenjara kerana tahu bahawa setiap orang mahu berjumpa dengan banduan dan menyampaikan Tubuh Kristus akan pasti ditangkap oleh pihak berkuasa Roma kerana secara jelas menunjukkan mereka adalah umat Kristian dan menjadi suatu kesalahan dan pasti akan terus disumbat juga ke penjara.

Dalam kegusaran itu, seorang kanak-kanak bernama Tarcisius tampil ke depan menyatakan kesanggupan menghantar Tubuh Kristus kepada umat Kristuan di penjara. Ditanya oleh Uskup bagaimana dia dapat melepaskan diri daripada di penjara, Tarcisius menjawab bahawa memandangkan dia masih kanak-kanak, petugas penjara pasti tidak mengesyaki dia apa-apa.

St. Tarcisius Santo Pelindung Putera Altari