Click here for Myspace Layouts


19 September 2012

Aktiviti Rekreasi Terawi Altar Servers (17 Sept 2012)

Aktiviti Rekreasi Terawi Altar Servers (TERAS)

Tarikh  :  17 September 2012 (Isnin) 
Masa  :  08.00AM - 3.00 PM
Tempat  :  Taman Rekreasi Babagon, Penampang
Yuran  :  RM5 (untuk pengankutan pergi & balik)
Makanan  :  Berkonsepkan "Pot-Luck"
Bilangan Penyertaan : 35 Orang termasuk orang-orang kuat > Murphy Jonimin, Gary Benjinol, Denver Francis & Bobby Soon

LAPORAN LENGKAP :

TERAWI : Seramai 35 orang ahli Terawi Altar Servers (TERAS) Gereja Holy Nativity Terawi Penampang telah mengadakan aktiviti rekreasi tahunan. Kali ini, aktiviti rekreasi telah diadakan di Taman Rekreasi Babagon Penampang dan pada tahun lalu aktiviti serupa telah diadakan di Waterworld Bukit Padang, Kota Kinabalu.

Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk menyatukan kembali semua ahli yang telah lama tidak berkumpul bersama di samping mengeratkan lagi hubungan persaudaraan dalam Kristus. Seawal jam 8 pagi, semua peserta aktiviti telah berkumpul di hadapan Gereja Holy Nativity Terawi dan doa sebelum bertolak telah diadakan. Setiba di Babagon, para peserta telah mengambil tempat di sebuah pondok yang begitu serba dilengkapi dengan kemudahan riadah dan juga dihiasi dengan permandangan semula jadi. 

Dengan hidangan makanan yang berkonsepkan "pot-luck", terdapat banyak jenis makanan dan minuman yang dibawa oleh setiap peserta. Doa sebelum makan telah dipimpin oleh Saudara Moses Jonioh dan sejurus selepas itu, para peserta menjamu selera dalam suasana yang begitu meriah sekali.

Cuaca yang baik membolehkan para peserta berpeluang untuk menikmati dan mandi air sungai deras di situ.  Air sungai begitu sejuk sekali sehingga badan terasa menggigil. Rasa gembira di sanubari, senyuman terukir di muka setiap peserta aktiviti. Ada diantara peserta bersorak di atas sampan seolah-olah seorang yang sedang mengayuh sampan menuju ke sungai untuk mencari ikan. Namun, ada juga peserta menari dengan iringin musik "Orang Sabah Style / Oppa Gangnam Style".

Aktiviti berakhir pada jam 3 petang. Para peserta telah bertolak kembali ke gereja dengan menaiki van berpenghawa dingin yang telah disewa oleh pihak komiti.

-Laporan disediakan oleh Xavier Maurice John, Presiden Komiti Terawi Altar Servers (TERAS)-



07 June 2012

ALTAR SERVERS CAMP 04-06 JUNE 2012


Perkhemahan Altar Servers telah diadakan pada tahun 2009 di Gereja Holy Nativity Terawi (ketika itu HNCT masih di bawah naungan Paroki St.Michael Penampang. Pada tahun 2010, perkhemahan Altar Servers telah diadakan di Gereja St. Therea Tanak Di Jesus Kolopis, Penampang. Kali ini, Perkhemahan Altar Servers telah diadakan pada 04-06 Jun 2012 di Gereja St. Martin Moyog, Penampang.

 Para peserta bersama Deacon Daniel Jomilong & para AJK

Para peserta dari Komiti TERAS yang menyertai PAPP-3 :

1. Moses Eddy Jonioh (Penasihat Komiti Pelayan Altar Paroki Terawi & AJK PAPP-3)
2. Jayson Kelvin Leongsat (Presiden Komiti Pelayan Altar Paroki Terawi & Ketua Kontinjen)
3. Xavier Maurice John (Presiden Komiti TERAS & AJK PAPP-3)
4. Elvin Velarian Victor (Presiden Talang Taun Altar Servers & Peserta)
5. Veejaey Aloysius Pongou (TERAS & Peserta)
6. Bryan Maurice John (TERAS & Peserta)
7. Adrian Geoffrey Jonioh (TERAS & Peserta)
8. Joel Jeremy Kelvin (TERAS & Peserta)
9. Jaerell Jeremiah Kelvin (TERAS & Peserta)
10. Ischyrion Lambed (Talang Taun Altar Server & Peserta)


23 May 2012

Pertandingan Sumazau-Magagung 13/5/2012

Para peserta lelaki merupakan ahli TERAS. Kumpulan Sumazau ini telah menjuarai Pertandingan Sumazau di bawah Kategori 16 tahun ke bawah yang diadakan di Buhavan Square, Penampang. Syabas! Semoga semangat ini diteruskan sampai bila-bila. Tuhan Memberkati! :D
Nama Kumpulan : Belia Terawi




Kumpulan Sumazau yang telah mendapat Naib Johan.
Nama Kumpulan : Belia Kg.Tuaui Terawi




Kumpulan Sumazau dari Hungab Penampang yang mana telah menjuarai Pertandingan Sumazau di bawah Kategori Terbuka.
Nama Kumpulan : Pangazou Hungab








 Kumpulan Sumaza : Belia Kg. Tuaui Terawi


Kumpulan pemalu gong telah menjuarai Pertandingan Magagung di bawah Kategori Wanita Terbuka
Nama Kumpulan : Tinimungan Magagagung Kg. Mahandoi Terawi

Makluman Mesyuarat Khas AJK Komiti TERAS


26 February 2012

Penyerahan Salib Belia Dari Paroki Dontozidon Penampang Ke Paroki Terawi




































Penyerahan Salib Belia dari Paroki St. Paul Dontozidon Penampang ke Paroki Holy Nativity Terawi pada 18 Februari 2012 (Sabtu).